Ahad, 4 Mac 2012

BUMBUNG BARU :))

Assalamualaikum..

Rabu lepas ujan lebat..kebelakangan ni ujan tiap² petang..tengok kat canopy..Alan,Awan,Kelly,Nana & Tarabas masih duduk kat situ walau bumbungnya koyak..sian sungguh..basah dorg kena ujan tapi tak turun pun..


Tak sampai ati nak tengok dorg..mujur laa ujan tak lama..mesejnya laa Cik Marie..tanya pendapat camner nak betulkan canopy ni..Cik Marie kata try letak plastik..


Cik Marie..bagaikan 'SuperMak'..balik keje dia terus datang sini..bawak segulung plastik tebal..tak dapat nak betulkan sgt sbb ari dah gelap..ujan pulak turun semula..jadi sangkut jer palstik kat situ..terima kasih banyak² yer Cik Marie..:))


Kononnya nak betulkan time tak keje..tapi memikirkan ujan tiap² petang..esoknya tu bila abis ngajar terus pegi belakang..tampal2 lekat2 tak sampai sejam siap sumernya..janji tak kena ujan sudah laa..bebudak ni mcm dah taknak berteduh kat tempat lain dah..


Petang khamis tu ujan lebat..mujur laa dah siap bumbung baru..tgk bebudak ni tak basah..lega rasanya ..:))